Highland Towers
Semasa kejadian tu iaitu 11 Dec 1993, aku memang sangat terkedu dengan apa yang aku lihat kt tv masa tu. Sedih dan takut bercampur aduk sebab dari apa yang aku tahu condo tu mmg tempat ramai perempuan simpanan VIP, mereka yang bersekedudukan, pendek cerita tempat tu mmg penuh dosa lah. Penguatkuasa Jabatan Agama Islam pun tak boleh nak buat raid sebarangan sebab condo tu mmg exclusive dan dikawal rapi oleh security guards yang sangat tegas dan pantas memaklumkan tentang kedatangan penguatkuasa2 ni. Jadi condo ni mmg tempat 'heaven' bagi pendosa2, penzina2 dan yang sewaktu dengannya lah. Part tu aku tak kesian langsung kt golongan macam ni. Tapi aku simpati dengan mereka yang tinggal di situ dan tidak terlibat dengan kegiatan dosa sebegitu, mereka yang memang baik dan hidup secara normal dan dilandasan yang betul. Cuma mereka terlibat sama di dalam bala yang diturunkan Allah, mungkin kerana mereka adalah sebahagian dari komuniti yang menduduki condo tu jadi setahu aku kita kira bersubahat la jugak. Tapi aku faham siapa yang berani nak gegar VIP kann? Gila la kalau berani, kalau nak hidup kau susah, cuba laa...masa tu laaa...skrg manusia dah ramai yang outspoken dan berani, VIP pun x boleh buat suka2 hati dah.
Artikel kt bawah ni mmg menarik minat aku sebb mmg tempat tu keras pun...gila tak keras haha! aku pun tak berani nak pegi dekat dgn tapak condo tu, dorang boleh masuk pulak mlm2 buta...aaaihhhh..cari penyakit.
Pengakuan Sebenar Pelakon Highland Tower Dirasuk!
KUALA LUMPUR, 8 NOV 2013: Filem realiti seram, Highland Tower terbitan MIG (Metrowealth) mengundang kejutan apabila ada penonton filem ini terkena histeria sewaktu menontonnya di pawagam.
Bagaimanapun, sebelum penonton mengalami pengalaman sebegitu, setiap pelakon filem ini iaitu Mikael Andre, Niezam Zaidi, Shima Anuar, Eddy Rauf, AtikahSuhaimi, Adibah Yunus dan Zairi Zainal sudah pasti telah mengharungi pengalaman menakutkan sebelum dan selepas penggambaran.
Apa yang pasti, dua pelakon yang dirasuk dalam filem berkenaan iaitu Shima Anuar dan Atikah Suhaimi telah bercerita keadaan mereka apabila dirasuk.
Shima Anuar (Watak Hos)
“Setalah tiba dilokasi penggambaran, saya tertarik pada lukisan bulan mengambang yang cantik pada waktu maghrib. Lepas itu, badan saya rasa lain macam dan jantung berdegup kencang.
“Menurut pelakon lain, waktu itu saya terus tidak bercakap lagi dan nampak lain. Rupa-rupanya waktu itu saya sudah pun dirasuk.”
Atikah Suhaimi (Watak Pemegang Cliper)
“Ketika rakaman dilakukan, secara tiba-tiba, saya melihat Shima menari. Selepas itu, saya terus menangis dan menjerit macam histeria.Waktu itu juga, saya berasa seperti di awangan dan tidak sedarkan diri.
“Saya tidak ingat apa yang berlaku ke atas diri saya. Apabila saya sedar, saya telah ditenangkan oleh pelakon lain. Apapun, selepas kejadiantersebut, saya sering bermimpi.
“Dalam mimpi tersebut, saya nampak seorang wanita yang tinggal di tingkat 6 blok di Highland Tower. Dia sering menghantui saya dan terus-terang, ini adalah pengalaman yang sukar saya lupakan.”