Monday, November 11, 2013

PEMBUNUH NORAZITA TERTANGKAP AKHIRNYA

Alhamdulillah...akhirnya binatang ni dapat ditangkap oleh pihak polis yang nyata memburunya sampai lubang cacing. TAHNIAH PDRM!

Pembunuh ditahan di Kota Tinggi, Johor kira-kira jam 7 pagi. Dia sebenarnya orang Indonesia yg menggunakan ic  palsu. Harap kematian Norazita terbela dgn menjatuhkan hukuman yang setimpal.

Alfatihah buat arwah Norazita

Friday, November 8, 2013

JOM KITA REVISIT TRAGEDI HIGHLAND TOWERs

Hari Kejadian : 11 Disember 1993
Waktu Kejadian : 1.35 petang

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Mangsa yang terkorban adalah :
  • Rohana Bano Mushtak Ahmad, 29
  • Mohammad Budi Abdullah @ Robin Williams Wharton, 44
  • Mohammad Adam, 6 months
  • The son of former Deputy Prime Minister of Malaysia, Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid and his wife, Rosina Datuk Abu Bakar.
  • Korean woman, Bahk Jung Soon, 45, and her daughter Bahk Hee Won.
  • Koh Yuet Met
  • Gene Koh Wai Keong, 15
  • Brandon Koh Wai Hong, 6
  • Daryl Koh Wai Kin, 3.
  • Yap Kien Seng, 18.
  • Yap Woei Ning
  • Yap Hsiao Mei, 18 and her mother - Wong Mee Thai, 35
  • Datin Milly Lee, 55
  • Teo Tea
  • Ong Yong, 53
  • Douglas Ong Tee Ming, 17.
  • Fatimah Abdul Majid, 66
  • Che Mariam Abdul Majid, 76
  • Noranira Mohamed Nor, 15
  • Nik Mohamed Baharuddin, 41
  • Shizue Nakajima, 50
  • Dr Anne George,
  • Debbie George
  • Sharon George
  • Majnawiyah Masnawi, 25
  • Amirah Nor Hamzah, 15
  • Fergus Phang Thien Liang, 26
  • Phang's mother, Ivy Lim Ai Bee
  • Phang's grandmother, Cheng Kim Tai
  • Trimah Ngarijo
  • Yusna Anuar
  • Farah Aruzi
  • Lee Mun Lin
  • Tony Lou Yoke Yong
  • Adrian Lou Chung Wei
  • Barry Lou Ka Wei
  • Sajjive Chandran
  • Prakash Chandran
  • Radha Chandran
  • Quah Li Jun
  • Chiew Poh Wah
  • Goh Fong Kiew
  • Judith Mosquiter
  • Suharti Kusban
  • Aribinda Datta
  • Rita Datta
  • Mohan Raj
PUNCA TANAH RUNTUH
  • Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. 
  • Kesilapan dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok Satu Kondominium Highland Towers mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ. Perunding jurutera geoteknikal, Prof Noel Edward Simons menyalahkan rekabentuk tembok penahan yang tidak sempurna.
  • Jurutera Perunding Geoteknikal, Dr Alan George Weeks menyatakan pangsapuri Highland Towers runtuh hasil daripada pergerakan bawah tanah yang bermula dari kawasan runtuhan lereng bukit milik Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) di belakang pangsapuri itu. Beliau menolak kesimpulan oleh pakar Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Prof Noel Edward Simons . Tanah runtuh kerana keruntuhan besar dan bukan beberapa siri keruntuhan seperti dakwaan MPAJ.
  • Sistem saliran tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik.  Rakaman video 10 minit tahun 1992 menunjukkan air mengalir turun dari lereng bukit ke keliling kondominium Highland Towers ketika hujan lebat, setahun sebelum tragedi. Air membuak dari lereng bukit menuju ke arah Blok C kondominium dan tingkat paling bawah tempat letak kereta blok itu telah dibanjiri tanah lumpur. Longkang untuk mengalirkan air daripada paip pembentung di lereng bukit ke parit utama di hadapan blok Highland Towers tidak dibina. Ahmad Zaini Mohd Yusof selaku bekas pegawai daerah menyatakan Majlis Daerah Gombak (MDG) tidak menghentikan kerja pembinaan kondominium Highland Towers walaupun pemaju gagal mengemukakan pelan saliran untuk mengalirkan air dari kawasan itu ke Sungai Ulu Klang. Pemilik lot kosong di belakang kondominium Highland Towers, Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB), tidak mengadakan sistem saliran sementara kerana ia menunggu sistem induk yang akan dibina untuk keseluruhan kawasan itu.
  • Topografi kawasan itu yang berbukit, keadaan geologi dan jenis tanah yang tidak stabil juga menggalakkan berlaku tanah runtuh. Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Ibrahim Komoo menyatakan tanahnya bukan batu yang kuat tetapi tanah bercampur pasir. Ini termasuklah Bukit Antarabangsa, Taman Tun Abdul Razak, Taman Hillview dan Bukit Indah.
  • Gaya hidup mereka yang memiliki taraf ekonomi dan sosial yang tinggi berbangga menghuni di kawasan lereng, cerun dan tanah tinggi. Mereka membeli dan membina kediaman mewah di kawasan tersebut walaupun nampak hebat sama ada disedari atau tidak seperti pelaburan jangka panjang untuk membunuh diri dan ahli keluarga sendiri. Apabila permintaan tinggi maka pihak pemaju sebagai golongan kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan 'gila' untuk berlumba-lumba membina kawasan perumahan di tanah tinggi.
  • Pembinaan bangunan rancak dan tiada pemantauan cerun oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pemaju perumahan melobi hendak memajukan cerun skala 3 dan skala 4 dengan alasan akan menggunakan teknologi penampan cerun yang terkini. Cerun bukit ditarah secara melampau , pokok-pokok yang menjadi pasak bumi dan rumput tutup bumi tidak dijaga dengan rapi.
  • Kerajaan negeri Selangor tidak boleh membatalkan kontrak pembangunan yang telah diberikan kepada pihak pemaju kerana ia membabitkan implikasi undang-undang. Pemaju yang kerugian dari segi kos tanah, kos arkitek dan bahan binaan tentu akan menyaman pihak berkuasa. Mereka juga melobi ahli politik agar menekan pegawai daerah, pegawai pejabat tanah dan sebagainya. Mereka lupa bahana yang pasti bakal menimpa 10-20 tahun lagi. Contoh terbaik ialah Taman Pertanian Bukit Cerakah seluas 3,000 ekar di Seksyen U10, Shah Alam telah diagih-agihkan kepada lebih 30 pemaju Kawasan ini adalah bukit-bukit tinggi dan kawasan tadahan air.
KRONOLOGI PERISTIWA RUNTUHAN
  • 11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Dr Hui Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di tingkat empat Blok A kondominium 12 tingkat itu menyatakan dia kembali dari kerja pada jam 1.30 petang, lima minit sebelum tragedi itu berlaku. Dia yang sedang berbual dengan Puan Abraham, terdengar bunyi gegaran dan tiba-tiba batu besar bergolek ke arahnya. Surirumah Leela George (39) menyatakan dia mendengar bunyi kuat seperti `dentuman logam' jam 1.30 tengah hari dari arah belakang blok A.
124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari . Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , sukarelawan PBSMM datang lebih awal.
Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan begoyang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan.
Nakajima Shizue, 50wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri kabinet datang menjenguk.
  • 12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.
  • 13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi.Mereka menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
  • 15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan .
  • 16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
  • 17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
  • 18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.
  • 19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
  • 20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
  • 21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. J
  • 22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
  • Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers. Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd.
  • 14 Oktober 1997 , Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak melebihi dua tingkat.
  • 14 November 1997 , Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh. Ia "bukan satu bencana alam semula jadi".
  • Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong. Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab- Malaysian Finance Berhad, Tropic Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd. Gambar yang dirakam oleh Bruce Aaron Mitchell (49), bekas juruterbang Tentera Marin Amerika yang mengambil 8 keping gambar dari tingkap bilik pangsapuri kawannya di Blok C menjadi bukti dalam kes saman terhadap 10 pihak. Gambar itu menunjukkan tanah runtuh dan runtuhan kondominium Blok A di saat-saat tragedi itu . Pengurus Projek Micheal Patrick Rickard (51), penghuni di Blok C mendakwa rompakan bermula ketika operasi menyelamat mangsa yang pada masa itu dipercayai masih hidup dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Blok C yang runtuh pada 11 Disember, 1993. Padahal bangunan yang dikosongkan itu dikawal oleh tentera dan polis. Bekalan air dan elektrik terputus selepas blok satu runtuh.
  • 8 Ogos 2002: Hakim Datuk James Foong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Wisma Denmark, Jalan Ampang memutuskan 7 daripada 10 pihak yang disaman 60 penghuni, waris dan keluarga mangsa tragedi Highland Towers sebagai cuai.Laporan penghakiman 162 muka surat itu mengembirakan Dr Benjamin George selaku pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Highland Towers.
  • 4 Disember 2002: Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) merayu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Yunus yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mokhtar Sidin dan Datuk Mohd Saari Yusoff berkaitan pampasan yang perlu dibayar.  Di Mahkamah Rayuan, 3 hakim diketuai Datuk Gopal Sri Ram bersama Datuk Richard Malanjum dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff memerintahkan 3 pihak yang cuai supaya membayar gantirugi. Iaitu MPAJ 15 %, jurutera Wong Yuen Kean 10 %, Arab-Malaysian 30 % , Metrolux Sdn. Bhd. dan MBF Property Services Sdn. Bhd. 20 % .
  • 2004 : Akhirnya diluar mahkamah , AmFinance Bhd setuju membayar RM52 juta kepada 139 plaintif yang diketuai oleh Dr Benjamin George.
  • 18 Februari 2006 : Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Majlis Daerah Gombak (MDG) atau mana-mana kerajaan tempatan mempunyai kekebalan dan dilindungi Seksyen 95 (2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 daripada sebarang tuntutan sebelum runtuhan. Tan Sri Steve Shim Lip Kiong , Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Arifin Zakaria memutuskan MPAJ tidak bertanggungjawab terhadap kerugian sebelum dan selepas kondominium itu runtuh. Kerajaan tempatan ditugaskan menjalankan beberapa tanggungjawab termasuk menyedia dan menyelenggara tempat rekreasi, memungut sampah, menyediakan kenderaan awam, menyedia rumah untuk setinggan dan banyak lagi serta harapan orang ramai adalah tinggi. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada pembayar cukai di kawasan mereka dan sumber kewangannya hanya melalui cukai taksiran dan bayaran lesen.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhi2T0K-hYD5KJMRr9PfOhO5Z426BgiwOEdwv9N8Aeu86I8xg8_vuO8EQNq12QFuibkw05lvHSTCmG_Vd9iUOIjDWT9cd55IKUvMdY2OnNMX_ON1wr_pyxEinBoe1vzBwhsBYsxCs58iJc/s1600/highlandtower2.png
semasa kejadian runtuhan
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/5f/Highland_Towers_2008.JPG
keadaan semasa dua blok yang masih teguh berdiri

Pihak berkuasa menyatakan 2 blok lain iaitu Blok 2 dan Blok 3 tidak selamat diduduki , akan roboh bila-bila masa dan mereka mesti pindah ke lokasi lain. Tetapi sehingga kini masih tidak roboh atau runtuh. Highland Towers tidak lagi didiami hari ini. Ia dibiarkan telah ditumbuhi semak samun menjadi mangsa sasaran laku musnah. Jadi sebenarnya pakar geoteknik masih tidak dapat meramal dengan tepat bila dan di mana tanah runtuh akan berlaku.

- info dari internet...of coz :-)




CERITA HIGHLAND TOWERS

Highland Towers

 Semasa kejadian tu iaitu 11 Dec 1993, aku memang sangat terkedu dengan apa yang aku lihat kt tv masa tu.  Sedih dan takut bercampur aduk sebab dari apa yang aku tahu condo tu mmg tempat ramai perempuan simpanan VIP, mereka yang bersekedudukan, pendek cerita tempat tu mmg penuh dosa lah.  Penguatkuasa Jabatan Agama Islam pun tak boleh nak buat raid sebarangan sebab condo tu mmg exclusive dan dikawal rapi oleh security guards yang sangat tegas dan pantas memaklumkan tentang kedatangan penguatkuasa2 ni.  Jadi condo ni mmg tempat 'heaven' bagi pendosa2, penzina2 dan yang sewaktu dengannya lah.  Part tu aku tak kesian langsung kt golongan macam ni.  Tapi aku simpati dengan mereka yang tinggal di situ dan tidak terlibat dengan kegiatan dosa sebegitu, mereka yang memang baik dan hidup secara normal dan dilandasan yang betul. Cuma mereka terlibat sama di dalam bala yang diturunkan Allah, mungkin kerana mereka adalah sebahagian dari komuniti yang menduduki condo tu jadi setahu aku kita kira bersubahat la jugak. Tapi aku faham siapa yang berani nak gegar VIP kann? Gila la kalau berani, kalau nak hidup kau susah, cuba laa...masa tu laaa...skrg manusia dah ramai yang outspoken dan berani, VIP pun x boleh buat suka2 hati dah.

Artikel kt bawah ni mmg menarik minat aku sebb mmg tempat tu keras pun...gila tak keras haha! aku pun tak berani nak pegi dekat dgn tapak condo tu, dorang boleh masuk pulak mlm2 buta...aaaihhhh..cari penyakit.

Pengakuan Sebenar Pelakon Highland Tower Dirasuk!


KUALA LUMPUR, 8 NOV 2013: Filem realiti seram, Highland Tower terbitan MIG (Metrowealth) mengundang kejutan apabila ada penonton filem ini terkena histeria sewaktu menontonnya di pawagam.
Bagaimanapun, sebelum penonton mengalami pengalaman sebegitu, setiap pelakon filem ini iaitu Mikael Andre, Niezam Zaidi, Shima Anuar, Eddy Rauf, AtikahSuhaimi, Adibah Yunus dan Zairi Zainal  sudah pasti telah mengharungi pengalaman menakutkan sebelum dan selepas penggambaran.
Apa yang pasti, dua pelakon yang dirasuk dalam filem berkenaan iaitu Shima Anuar dan Atikah Suhaimi telah bercerita keadaan mereka apabila dirasuk.
Shima Anuar (Watak Hos)
“Setalah tiba dilokasi penggambaran, saya tertarik pada lukisan bulan mengambang yang cantik pada waktu maghrib. Lepas itu, badan saya rasa lain macam dan jantung berdegup kencang.
“Menurut pelakon lain, waktu itu saya terus tidak bercakap lagi dan nampak lain. Rupa-rupanya waktu itu saya sudah pun dirasuk.”
Atikah Suhaimi (Watak Pemegang Cliper)
“Ketika rakaman dilakukan, secara tiba-tiba, saya melihat Shima menari. Selepas itu, saya terus menangis dan menjerit macam histeria.Waktu itu juga, saya berasa seperti di awangan dan tidak sedarkan diri.
“Saya tidak ingat apa yang berlaku ke atas diri saya. Apabila saya sedar, saya  telah ditenangkan oleh pelakon lain. Apapun, selepas kejadiantersebut, saya sering bermimpi.
“Dalam mimpi tersebut, saya nampak seorang wanita yang tinggal di tingkat 6 blok di Highland Tower. Dia sering menghantui saya dan terus-terang, ini adalah pengalaman yang sukar saya lupakan.”

Friday, October 25, 2013

"Abang Masih Sayang Saya?" - Pertanyaan Terakhir Norazita Kepada Suami

 
SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita  untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan  tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.

"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu  yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan  benar-benar tidak menyangka  nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.

“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.
Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu. 

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut  merasai kekejaman  yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook  yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah.

Thursday, October 24, 2013

Jenazah Norazita Selamat Disemadikan

Alhamdulillah, Jenazah Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam rompakan di Ambank USJ semalam, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu, Tronoh Mines kira2 jam 7.30 malam tadi.  Jenazah tiba di rumah keluarganya kira2 6.55 petang. Ia untuk memberi peluang kepada ahli keluarga dan penduduk kampung menziarahi jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan, kira2 20 minit kemudian.

Doakan semoga arwah tenang di sana, semoga keluarga arwah tabah.

PERINGATAN DARI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA : 
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan gambar dan rakaman CCTV pembunuhan kejam seorang pegawai bank atau gambar-gambar mangsa di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Whatsapp .
Jika anda telah berbuat demikian sila padamkan post tersebut. Ini adalah untuk menghormati mangsa dan keluarga beliau. Ia mungkin juga mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak.
Kami telah pun meminta kerjasama YouTube untuk mengeluarkan video berkenaan dengan seberapa segera.
Untuk makluman, penyebaran gambar dan video sebegini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Kawan2 aku harap sgt hentikanlah menyebarkan gambar dan video yg tak censored tu, jangan hiris hati keluarga arwah dgn perbuatan seperti itu ye..

Pembunuh Norazita Masih Bebas, Berita Tangkapan Adalah Palsu

Wajah Penjenayah Yang Masih Bebas - HARAP SEBARKAN!
KUALA LUMPUR - Polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam.

Dalam mesej melalui Twitter hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis: "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini."

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.

Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Mendengar bunyi tembakan itu, rakan Rozita berdiri kaku dalam keadaan panik dan beberapa saat kemudian, muncul seorang pengawal keselamatan dengan bersenjatakan pump-gun mengarahkan petugas wanita lain beredar dari bilik itu sebelum dia melarikan diri bersama sejumlah wang. - Bernama

Al-Fatihah Untuk Arwah Norazita Abu Talib

Norazita Abu Talib2


Sebak rasa dada ni bila selesai membaca semua info pasal kejadian sedih ni. Menitis airmata walaupun aku tak pernah mengenali arwah, sampai saat ini pun hati ni masih sebak bila terpandang wajah anak2 dan suami arwah dalam gambar.  Lebih menyentuh hati bila dpt tahu anak perempuan arwah sebaya dgn anak perempuan aku, umur 10 thn anak perempuan mmg sangat tengah manja dan sgt perlukan belaian seorang ibu. Kejamnya binatang tu..nak rompak ambil je duit tak boleh ke?



                              pegawai bank ditembak mati

 Kebahagiaan sebuah keluarga direntap tiba-tiba, anak2 hilang kasih ibu, suami hilang separuh nyawanya.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah. Semoga suami dan anak2 arwah tabah menghadapi kenyataan dan kuat semangat meneruskan kehidupan.

Kepada anak-anak arwah : jadilah anak yang soleh, sentiasalah tanpa henti doakan roh ibu kamu agar arwah tenang di sana.  Sangat besar pengorbanan ibumu, sangat dalam kasihnya kepada kamu...tanpa sempadan tanpa syarat.

Aminnnn...