Thursday, October 24, 2013

Jenazah Norazita Selamat Disemadikan

Alhamdulillah, Jenazah Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam rompakan di Ambank USJ semalam, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu, Tronoh Mines kira2 jam 7.30 malam tadi.  Jenazah tiba di rumah keluarganya kira2 6.55 petang. Ia untuk memberi peluang kepada ahli keluarga dan penduduk kampung menziarahi jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan, kira2 20 minit kemudian.

Doakan semoga arwah tenang di sana, semoga keluarga arwah tabah.

PERINGATAN DARI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA : 
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan gambar dan rakaman CCTV pembunuhan kejam seorang pegawai bank atau gambar-gambar mangsa di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Whatsapp .
Jika anda telah berbuat demikian sila padamkan post tersebut. Ini adalah untuk menghormati mangsa dan keluarga beliau. Ia mungkin juga mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak.
Kami telah pun meminta kerjasama YouTube untuk mengeluarkan video berkenaan dengan seberapa segera.
Untuk makluman, penyebaran gambar dan video sebegini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Kawan2 aku harap sgt hentikanlah menyebarkan gambar dan video yg tak censored tu, jangan hiris hati keluarga arwah dgn perbuatan seperti itu ye..

No comments:

Post a Comment