Monday, September 30, 2013

Si Bongsu Maut Digilis Treler Bapa

Dah terlalu kerap sangat kes kemalangan macam ni terjadi sejak kebelakangan ni...aku memang sensitif sangat kalau ada kes macam ni mesti menitis airmata. Tapi tu lah benda dah nak jadi. Takdir Allah tiada siapa yang dapat lawan.  Tapi ada faktor kecuaian di sini. Dalam hati ni tertanya-tanya jugak, mana mak budak tu waktu tu? Dalam paper ada sebut si bapa dah dua kali patah balik hantar si bongsu masuk ke rumah. Aihhhh...apa2 pun benda dah jadi menyesal pun tak guna. Semoga si kecil bahagia berada disampingNya sambil mendengar cerita segala rahsia......

PONTIAN

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digilis sebuah treler 10 tayar yang sedang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah pangsa Taman Megah di sini kelmarin.

Muhamad Rifaie Aiman yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia  pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian. Kejadian malang pada pukul 9.10 malam itu berlaku ketika anak bongsu daripada 7 beradik tersebut mengekori bapanya, Aznizam Mohd Jahis, 33, yang mahu keluar bekerja sebagai pemandu treler di Johor Bahru.

Cerita Aznizam, Rifaie menunjukkan sikap pelik pada malam kejadian apabila bekerja berbanding hanya melambai tangan sebelum ini.  Jarak tempat kejadian dengan rumah mangsa ialah 10 meter - Kosmo



Mangsa dan Ibu

No comments:

Post a Comment