Friday, October 25, 2013

"Abang Masih Sayang Saya?" - Pertanyaan Terakhir Norazita Kepada Suami

 
SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita  untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan  tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.

"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu  yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan  benar-benar tidak menyangka  nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.

“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.
Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu. 

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut  merasai kekejaman  yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook  yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah.

Thursday, October 24, 2013

Jenazah Norazita Selamat Disemadikan

Alhamdulillah, Jenazah Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam rompakan di Ambank USJ semalam, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu, Tronoh Mines kira2 jam 7.30 malam tadi.  Jenazah tiba di rumah keluarganya kira2 6.55 petang. Ia untuk memberi peluang kepada ahli keluarga dan penduduk kampung menziarahi jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan, kira2 20 minit kemudian.

Doakan semoga arwah tenang di sana, semoga keluarga arwah tabah.

PERINGATAN DARI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA : 
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan gambar dan rakaman CCTV pembunuhan kejam seorang pegawai bank atau gambar-gambar mangsa di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Whatsapp .
Jika anda telah berbuat demikian sila padamkan post tersebut. Ini adalah untuk menghormati mangsa dan keluarga beliau. Ia mungkin juga mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak.
Kami telah pun meminta kerjasama YouTube untuk mengeluarkan video berkenaan dengan seberapa segera.
Untuk makluman, penyebaran gambar dan video sebegini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Kawan2 aku harap sgt hentikanlah menyebarkan gambar dan video yg tak censored tu, jangan hiris hati keluarga arwah dgn perbuatan seperti itu ye..

Pembunuh Norazita Masih Bebas, Berita Tangkapan Adalah Palsu

Wajah Penjenayah Yang Masih Bebas - HARAP SEBARKAN!
KUALA LUMPUR - Polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam.

Dalam mesej melalui Twitter hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis: "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini."

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.

Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Mendengar bunyi tembakan itu, rakan Rozita berdiri kaku dalam keadaan panik dan beberapa saat kemudian, muncul seorang pengawal keselamatan dengan bersenjatakan pump-gun mengarahkan petugas wanita lain beredar dari bilik itu sebelum dia melarikan diri bersama sejumlah wang. - Bernama

Al-Fatihah Untuk Arwah Norazita Abu Talib

Norazita Abu Talib2


Sebak rasa dada ni bila selesai membaca semua info pasal kejadian sedih ni. Menitis airmata walaupun aku tak pernah mengenali arwah, sampai saat ini pun hati ni masih sebak bila terpandang wajah anak2 dan suami arwah dalam gambar.  Lebih menyentuh hati bila dpt tahu anak perempuan arwah sebaya dgn anak perempuan aku, umur 10 thn anak perempuan mmg sangat tengah manja dan sgt perlukan belaian seorang ibu. Kejamnya binatang tu..nak rompak ambil je duit tak boleh ke?



                              pegawai bank ditembak mati

 Kebahagiaan sebuah keluarga direntap tiba-tiba, anak2 hilang kasih ibu, suami hilang separuh nyawanya.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah. Semoga suami dan anak2 arwah tabah menghadapi kenyataan dan kuat semangat meneruskan kehidupan.

Kepada anak-anak arwah : jadilah anak yang soleh, sentiasalah tanpa henti doakan roh ibu kamu agar arwah tenang di sana.  Sangat besar pengorbanan ibumu, sangat dalam kasihnya kepada kamu...tanpa sempadan tanpa syarat.

Aminnnn...

Pegawai Bank Ditembak Mati Pengawal Perompak



rompak bank ambank
SUBANG JAYA – Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam lapor Sinar Harian.

Norazita Abu Talib
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan. “Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai,” katanya. Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian. Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan. Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya. “Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal,” katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit. “Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod. “Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.

Friday, October 18, 2013

Salam Aidil Adha

masih tak terlambat kot nak wish Salam Aidil Adha :-)...kite bz bangatttt...semua adik beradik sambut raya kt rumah kite..dgn mak abah kite sekali...yezzzz! happy sangat2...kejadian sebegini mmg jarang berlaku sb tiap kali raya mesti balik kampung punyer.

Menu best raya baru ni kite masak nasi minyak, rendang daging, rendang ayam merah, kuah kacang, nasi himpit, kari daging, acar...tapi kite pembantu je, chef nya mak kite laa hahaha!

Tahun ni berkilo2 daging korban orang bagi..Alhamdulillah...murah rezeki kami sekeluarga...terimakasih Allah!  Semoga kite dipertemukan lagi dengan hari raya tahun depan...kalau panjang umur, insya'allahhhh

Thursday, October 3, 2013

"Incompetency"

Tajuk kt atas tu mengingatkan aku kepada beberapa orang manusia yang rasa diri mereka mcm cerdik sangat tau serba serbi sampai orang lain semua dia anggap kurang cerdik atau "incompetence".

Dorang ni sebenarnya tak lah cerdik mana, bodoh lagi ada laa...dah tak tau undang-undang, tak tau process yang betul dan tindakan dorang tu telah diingatkan akan memudaratkan diri dan company....tapi sebab "bodoh sombong" nnnaaaakkkkk jugak suruh orang ikut cakap dia.  Nanti bila company kena saman baru lah kecoh satu dunia, dahhh nak marah pulak kenapa sampai boleh kena saman, padahal "incompetency" tu datang dari otak bangang kau laa...hahahaha!

Tak semua boss ni cerdik ye friends, ramai yang bodoh tahap baboon tau. Kt tempat keje aku nih...aduyaaaii...jgn cakap laaa, cakap omputeh berabuk kalah nigger...tapi general knowledge failed.  aaaihh...bila la aku boleh duduk umah je x payah mengadap monyet2 ni seme...sabarlah hati :-)